TEMPAHAN KUIH-MUIH

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Alhamdulillah syukur kerana kita bersua lagi pada hari ini..okey la..entri yang aku siarkan pada kali ini adalah tempahan kuih-muih pada sabtu yang lepas..tempahan ni adalah dari sorang teman mama iaitu Pn.Latifah bersempena majlis 'potong jambul' bahasa orang di sini..maksudnya majlis aqiqah..untuk cucu beliau yang pertama di dalam keluarganya..beliau ni memang selalu menempah kuih-muih dari kami..terima kasih banyak-banyak.Antara yang ditempah adalah kelupis, apam isabella dan apam gula hangus mini..jom kita lihat gambar..

KELUPIS, RM 0.35 EACH


Ini lah dia kelupis..bagi yang belum tau, aku ingin bagi info sikit mengenai kelupis ni. Kelupis ni adalah merupakan kuih tradisi bagi masyarakat di Sabah ni terutama bagi kaum Brunei..antara kuih tradisi yang begitu popular di sini ( Sipitang ) dan harus ada setiap kali kenduri, majlis, hari raya atau apa saja acara..ia diperbuat dari beras pulut yang dimasak setengah masak bersama dengan santan..kemudian di balut dengan sejenis daun yang dipanggil daun ngirik..memang sedap kelupis ni..ada 2 jenis kelupis iaitu yang kelupis kosong ( tanpa inti ), kelupis inti ( inti sambal udang didalamnya )..kalau yang kosong tu sedap makan denagn kuah kari, kuah kacang atau makan dengan ikan masin..uihh, sadap gila bah..macam lupa daratan suda kalo makan..hihi..

Ni adalah rupa kelupis yang belum dikukus..inti akan dibubuh ditengahnya..lepas bungkus dengan daun ngrik barulah dikukus hingga masak.
Ni pula adalah kelupis yang telah masak..sedap tau rasa kelupis ni..

















APAM ISABELLA, HARGA RM 0.35 EACH
Apam isabella ni pula adalah antara apam aku yang sering di order..favourite customer..apam yang tersangat moist dan berperisa ros..

APAM GULA HANGUS MINI, HARGA RM 1 ( 4 BIJI )
 Apam gula hangus ni juga merupakan apam yang seringkali di order..sesuai dimakan atau dihidangkan dalam apa jua majlis..
 Comel kan apam mini ni..sekali ngap ja..langsung tidak membazir..

Kuih-muih yang telah siap di pek di dalam box dan sedia untuk dihantar kepada customer..



JIKA ANDA JUGA INGIN MENEMPAH APA SAJA PRODUK KUIH-MUIH KAMI, SILA EMAIL ATAU TELEFON KAMI YANG TERTERA DI ATAS. TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment