JUALAN SEMPENA KARNIVAL SIOK BAH KOMUNITI 1MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA..

Baru-baru ni di Daerah Sipitang telah mengadakan karnival sempena Program Siok Bah Komuniti 1Malaysia..jadi, dalam karnival ni pelbagai acara telah dibuat anjuran Penerangan Sipitang. Antaranya adalah pertandingan memancing, pertandingan mewarna, tarik tali, karaoke dan banyak lagi. Program ni diadakan pada 2 & 3 Mac yang lalu..so, dalam karnival ni memang banyak la gerai jualan yang ada..kami adalah antara yang tidak melepaskan peluang untuk menyertai gerai jualan ni..yalah, dapat menambahkan pendapatan disamping dapat mempromosikan produk2 kami yang ada..selalunya apabila ada program keramaian seperti ni, pelanggan memang sangat ramai..syukur alhamdulillah, hampir semua produk yang kami jual tu habis dan mendapat sambutan..

Antara yang kami jual pada karnival tersebut adalah kek, cupcakes dan mufin. Selain tu, kami ada menjual tungking goreng ( buntut ayam ) & Nasi Ayam Katuk..tapi, maaf la tungking goreng dan nasi ayam katuk tu aku tidak sempat ambik gambar..

Mari kita lihat gambar-gambar pula..

KEK COKLAT KUKUS WITH CHOC.GANACHE, RM 38 ( SEBIJI )

KEK SPAN VANILA + BUTTERCREAM + NESTUM, RM 28 ( SEBIJI )
Kek coklat kukus ni memang sangat moist..sangat sedap dimakan apalagi setelah dituang dengan toping coklat ganache di atasnya menjadikan kek ni bertambah sedap..kek ni laris..


















Ni pula Kek Span vanila yang disapukan dengan buttercream kemudian ditabur dengan nestum..seringkali kek ni disangkakan Cheese cake..
Antara kek yang telah siap dipotong dan disusun dalam bekas untuk jualan..















KEK LAPIS VELVET HAWFLAKES, RM 35 ( SEBIJI )
KEK BELANG ZEBRA, RM28 ( SEBIJI )
Kek lapis velvet hawflakes ni juga antara kek yang digemari pelanggan..rasa masam manis kek ni membuatkan kek ni sedap dimakan..



















Selain tu, Kek Belang Zebra ni pun tidak kurang sambutannya dr pelanggan..ramai juga yang sukakan kek ni..





















CUPCAKES COKLAT, RM 1.50 ( SEBIJI )
Cupcakes coklat ni memang sold out..moist eggless coklat cupcakes + choc.ganache

 
MUFIN BLUEBERI, RM 0.80 ( SEBIJI )
Mufin ni yang dibubuh dengan filling blueberi di dalamnya dan hias dengan sedikit piping blueberi diatasnya begitu juga dengan mufin oren di bawah ni..

MUFIN OREN, RM 0.80 ( SEBIJI )


So, ni la sebahagian yang telah kami jual sempena karnival tersebut..pada yang berminat untuk mendapatkan atau menempah produk2 kami, terus email atau telefon kami seperti yang tertera di atas ini..terima kasih..

No comments:

Post a Comment