KEK OMBAK RINDU VERSI KUKUS LA PULAK..

Hai, assalamualaikum..

Salam sejahtera semuanya..terima kasih kepada semua pengunjung yang telah bertandang ke blog kami..sekiranya ada kekurangan mohon di maafi dan kami akan memperbaikinya lagi di masa akan datang ..so, kami mengalu-alukan komen2 anda dan sudi menjadi follower kami..sokongan anda semua amat kami harapkan..

Baiklah, untuk entri kali ni buat sekian kalinya aku menyiarkan lagi tentang entri Kek Ombak rindu/kek alunan kasih tapi ini mempunyai sedikit kelainan dimana kek yang aku buat ni adalah versi kukus so dari segi bahan2 pun ada perbezaan juga..resepi ni aku ambik dari blog rahel..thanx sebab berkongi resepi ya rahel..aku sangat tertarik ketika first time tengok kek yang rahel buat dan suka dengan warna kek tersebut.So, kek yang aku buat ni ada persamaan dengan rahel dari segi warna sebab suka dengan warnanya yang sweet sangat tu..cuma warna biru kurang sikit coz kehabisan..hehe..

KEK OMBAK RINDU VERSI KUKUS, RM 35 ( SEBIJI )
Kalau ada yang teringin membuat kek ni juga, aku sertakan sekali resepinya di sini..izinkan aku share resepi di sini ya Rahel..

RESEPI: KEK OMBAK RINDU/KEK ALUNAN KASIH ( KUKUS )
SUMBER: RAHEL, I LOVE CAKE

BAHAN:

4 biji telur B
220g gula kastor
1 sk ovallete
2 sk baking powder } ayak
260g tepung gandum } bersama
200ml santan ( aku gunakan susu cair ja )
1 sk esen vanila
perwarna, ikut pilihan masing2
100g serbuk koko } untuk hiasan

CARA:
- Pukul telur, ovallete, gula hingga kembang selama 10 min
- Masukkan tepung gandum berselang seli dengan santan/susu cair. Gaul rata
- Masukkan esen vanila, gaul rata. Bahagi adunan 3 bahagian & warnakan
- Tuangkan 1 bahagian adunan ke dalam loyang, kemudian ayakkan serbuk koko di atasnya ( ayak rata ). Lakukan proses sama hingga selesai.
- Kukus kek selama 25-30 min atau sehingga masak dengan api sederhana kecil

- Selamat Mencuba -


Kek ni tidak kurang sedapnya dengan kek ombak rindu versi bakar..ianya lembut..bagi aku kedua2 versi kek ni sama2 sedap tapi aku sukakan versi yang bakar..


  Sweet kan color kek ni..


Haa, kalau ada yang berminat mau makan kek ni tapi tiada masa untuk membuatnya, silakan la order dengan kami..email atau telefon ja kami untuk tempahan. Kami memberikan harga yang berpatutan..terima kasih.

No comments:

Post a Comment