KEK KUKUS ASAM MANIS

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Hai, good morning semuanya..bersiarkan kembali pada pagi isnin yang indah ni..sebelum aku memulakan kerja2 aku membuat tempahan kuih-muih..aku mau kongsikan dengan pengunjung semua kek yang telah aku buat pada  minggu lepas iaitu Kek Kukus Asam Manis..kek ni sangat mudah untuk..selain tu rasa kek sangat moist dan keknya terasa masam manisnya kerana penggunaan hawflakes yang dibubuh dalam adunan kek..resepi ni aku ambik dari blog Kak Ita, masammanis blospot.com..aku sangat suka dengan hasil kek dan memang sedap..

KEK KUKUS ASAM MANIS, RM 20 ( 1 BAR )

Untuk kek yang aku buat ni, aku hanya buat 1/2 saja dari adunan..so, begini la hasil kek..jika anda pun mau try buat kek ni..di sini aku kongsikan resepinya..mohon ya Kak Ita untuk panjangkan lagi resepi kek ni di sini..

RESEPI: KEK KUKUS ASAM MANIS
SUMBER: KAK ITA @ MASAM MANIS BLOGSPOT
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
325g mentega
250g gula
300g tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sk esen vanila
100g hawflakes-potong halus

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul rata.
  3. Tambahkan esen vanila dan putar lagi.
  4. Masukkan tepung dan putar lagi sampai sebati kemudian masukkan hawflakes yang telah dipotong halus.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang dan tutup adunan menggunakan aluminium foil untuk elakkan air menitis atas kek.
  6. Kukus selama 1 jam dengan menggunakan api besar.
- Selamat Mencuba -

Okey la semua, setakat ini saja dulu entri aku pada pagi ni..mau start buat kuih tempahan ni..kita jumpa lagi di lain entri pula ya..

Untuk pengetahuan, kami sentiasa membuka dan menerima tempahan produk yang kami iklankan/siarkan dalam blog ini. Jika ada sebarang pertanyaan, silakan email atau terus telefon ke talian kami yang tertera di atas ini untuk info lebih lanjut..sekian, terima kasih..

 

2 comments: