MOIST MARBLE CUPCAKES

Hai, assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya..

Hari ni agak lewat bersiaran..banyak kerja yang perlu disiapkan tadi..so, sekarang ni pun ambik kesempatan untuk menyiarkan satu entri untuk dikongsikan dengan teman-teman serta pengunjung blog SRC..apapun, ucapan terima kasih ya kerana menziarahi blog ini..entrinya adalah Moist Marble Cupcakes yang baru aku buat beberapa hari yang lepas..resepinya aku cedok dari dapur Azie Kitchen..aku sangat berpuas hati dengan cupcakes ni sebab bukan saja rasanya yang sedap malah tekstur cupcakes pun lembut ja..memang sedap la makan..pendek kata sangat menepati seleraku..dengan kombinasi rasa vanila dan coklat..memang terbaik..nyum-nyum..thanx pada kak Azie kerana sudi berkongsi resepinya ya..

MOIST MARBLE CUPCAKES, HARGA RM 1 ( MEDIUM ), RM 0.70 ( SMALL ), EACH

Di sini aku buat cupcakes ni dalam dua versi iaitu medium dan juga small..kalau small tu nampak comel ja saiznya..sekali ja masuk mulut..ngam betul..untuk resepinya, jom kita semak..mohon izin kak Azie untuk panjangkan pula di sini..

RESEPI: MOIST MARBLE CUPCAKES
SUMBER: AZIE KITCHEN
DI CUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
1 1/2 cwn tepung serbaguna
1/2 sk baking powder
1/4 sk bikarbonat soda
1/4 sk garam
3/4 cwn butter/marjerin
1 cwn gula kastor
2 biji telur gred A
1 sk esen vannila
1/2 cwn yogurt/sour krim ( aku guna susu cair ja )
1/4 cwn serbuk koko

CARA MEMBUATNYA:
  1. Panaskan oven pada suhu 170 degree.
  2. Satukan tepung serbaguna, baking powder, soda bikarbonat dan garam
  3. Dalam bekas lain, putar butter dan gula dengan kelajuan yang perlahan hingga sebati dan tingkatkan kelajuan sehingga adunan ringan dan gebu selama 5 minit.
  4. Low speed, masuk telur satu persatu. Putar lagi. Kemudian masuk esen vanila. Kacau sebati.
  5. Masuk tepung selang seli dengan yogurt/sour krim/susu cair. Dimulai dan akhiri dengan tepung. Putar sebati.
  6. Ambil setengah dari adunan dan masuk koko.
  7. Masuk dalam acuan dan bubuh secara selang seli. Guna pisau untuk buat kesan marble.
  8. Bakar dalam oven selama 20 minit.
-Selamat Mencuba-
Okey la, sampai sini saja dulu entri pada petang ni..aku mau siapkan kerja yang aku buat ni dulu..kita jumpa lagi di lain entri pula..

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk kami atau ingin menempah, terus saja hubungi kami menerusi email dan talian telefon yang tertera untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih..

4 comments:

  1. sedapnye..nmpak mcm tak susahkan..tp klau pemalas mcm k'imi ni semua pun jd susah,ehehe!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..

      thanx ziarah rmh..buat cc ni x susah..senang ja..kalau malas dan nak makan..dtg ja sini..heheh..

      Delete
  2. wah sedapnya..buat kecik2 mmg sng..sng nk ngap..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam QH..

      memang betul tu..saiz kecik ni senang nak telan..hihi..

      Delete