JUALAN BAZAR RAMADHAN 2013: ANEKA KEK DAN CUPCAKES

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Hai, selamat malam diucapkan buat semua pengunjung setia blog Sweet red cherry dan  semua teman-teman yang menyokong blog ini..terima kasih atas kunjungan anda semua..maaf la ya, bulan puasa ni kurang update blog..bila ada masa baru la dapat siarkan entri baru..alhamdulillah sekarang sudah masuk 14 hari kita berpuasa..terasa cepat betul masa berlalu kan..so, sekarang ni aku memang berusaha menyiapkan semua tempahan biskut dan kek customer tepat pada masanya..

Baiklah, untuk malam ni aku mau siarkan aneka kek dan cupcakes yang aku buat sempena jualan bazar ramadhan tahun ni..antaranya adalah Kek coklat moist, kek coklat with  choc. fudge buttercream, kek nestum, snow cheese cake.Untuk cupcakes pula aku buat coklat moist cupcakes, oreo cupcakes, pandan cupcakes, hokkaido chiffon cupcakes dan aku frosting dengan buttercream dan choc. fudge buttercream..so, aku memang pelbagaikan jualan aku untuk menarik pelanggan..syukur alhamdulillah sambutan terhadap produk kami sangat menggalakkan..

Jom kita lihat gambar kek dan cupcakes pula..

SNOW CHEESE CAKE

KEK COKLAT MOIST DAN KEK NESTUM
KEK COKLAT WITH CHOC.FUDGE BUTTERCREAM DAN KEK NESTUM

CUPCAKES CHOC.MOIST/PANDAN/OREO WITH BUTTERCREAM

CUPCAKES WITH CHOC.FUDGE BUTTERCREAM & BUTTERCREAM CUPCAKES

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
So, ni la dia antara kek dan cupcakes yang aku jual di bazar ramadhan pada tahun ni..insyaallah di entri akan datang aku akan siarkan pula aneka kuih-muih yang juga aku jual di bazar ramadhan..okeylah ya, badan sudah penat dan mata sudah mengantuk..maka entri ni berakhir di sini..terima kasih atas kesudian anda semua membaca entri ni..jumpa lagi di lain entri..goodnite n wasalam..

2 comments:

  1. Salam BBwana

    semua kek2 yg menarik dijual....moga dapat sambutan yg baik....murah rezki di Ramadan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai,salam mamasya..

      alhamdulillah bulan ramadhan ni rezeki murah sangat..kek yang dijual pun mendapat sambutan yang baik.

      Delete