KEK BIRTHDAY: PRINCESS CAKE & FOOTBALL CAKE FOR PUTRI & WAIE

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Selamat petang teman-teman semuanya..panas betul cuaca beberapa hari ni kan..rasa panasnya membahang..berpeluh-peluh dibuatnya..memang nda sanggup la mau pigi mana-mana..baik duduk rumah layan tv dan menghadap laptop..hihi..

Okey la, hari ni aku mau siarkan entri mengenai serba sedikit majlis sambutan 3 in 1 birthday baru-baru ni..sempena menyambut ulangtahun putri (11hb), waie (26hb) dan termasuk la aku (18hb) sekali..hehe..memandangkan birthday kami pada bulan yang sama iaitu April cuma berlainan tarikh, maka kami putuskan untuk buat majlis sekaligus..hehe, jimat la kan..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
PRINCESS CAKE

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
FOOTBALL CAKE
Cerita pasal kek birthday yang aku buat untuk anak-anak buah kesayangan aku, Putri & Waie memang banyak cabaran yang aku hadapi..pertama kali aku buat Princess cake ( Vanila butter cake + strawberi filling + cheese buttercream )  & Football cake ( Russian black & white cake ) ni..alhamdulillah menjadi juga dengan jayanya..memang kek tersebut jadi idaman mereka berdua..dari tahun lepas lagi maukan kek ni..tahun ni baru terlaksana..insyaallah aku akan siarkan resepi kek dalam entri yang akan datang ya..

Kek untuk aku pula tiada..huhu..nda sempat buat untuk diri sendiri demi menyiapkan kek-kek anak buahku..biarlah..nanti-nanti ja buat..yang penting dorang ni happy..

Jom layan gambar-gambar..

 Putri di samping Kek princessnya..memang hepi dan suka sangat dapat kek idamannya..


 Alhamdulillah..kek yang menjadi juga akhirnya..Puteri Farisha Fasha masuk 7 tahun dan Muhamad Waie  Wazien masuk 5 tahun..



" Happy birthday to Putri dan Waie, Ucu Bb doakan semoga kalian menjadi anak-anak yang cerdik dan pintar dalam pelajaran, cemerlang di dunia dan akhirat, jadi anak yang soleh dan solehah serta berbakti pada orang tua, amin ".

 Berkumpul dengan sepupu-sepupu dorang yang lain..seronoknya dorang!!!hehe..
Dari kiri: Yaya, Adib, Waie dan Putri
Di belakang: Ella, Damia dan Dian

Di bawah ni adalah antara menu yang dibuat time birthday tu..sebenarnya banyak..tapi oleh kerana terlalu sibuk aku lupa snap gambar menu lain..ni ja la yang sempat aku snap..huhu..ada Macaroni fruit salad, Cheesy ball, Ayam goreng, Mee goreng, Kari ayam, Apam Ladybird bumble bee, Air longan dan Cola..

 

 Ni pula adalah 'goodies bag' untuk anak-anak buah lain yang datang..hihi, simple ja isinya..tapi memang kegemaran budak-budak la..ok la kan ^_^..


Baiklah, sampai sini saja dulu entri aku pada hari ni..aku akan kongsikan resepi kek princess dan football cake serta resepi macaroni fruit salad dan cheesy ball..

Sampai jumpa lagi..terima kasih kerana membaca entri hingga habis, wasalam.

6 comments:

  1. Meriahnya..budak2 suka kalu buat birthday cam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, betul tu cheq da..budak2 la yang paling suka kan..best kumpul ramai2.

      Delete
  2. salam singgah ...ramainya anak buah.. alahai tengok kek tu x tahulah mampu buat ke tak hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, dah ramai anak buah saya..tu pun ada yang x dapat datang lagi..hehe, best bila bekumpul sama2 ni..alhamdulillah saya kuatkan semangat buat kek ni dan akhirnya menjadi juga wani..hehe..

      Delete