CABARAN NOVEMBER #1: 11 TEMPAT YANG INGIN DILAWATI DI DUNIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau kongsikan dengan kawan-kawan semua tentang tempat-tempat yang aku ingin lawati di dunia..angan-angan la dulu kan, mana tau tercapai satu hari nanti kan..

Sebenarnya bulan lepas aku ada buat cabaran ni..aku copy paste ja..heheh..

1.The Missouri Botanical Garden, St. Louis

 
  
Merupakan antara taman yang tercantik di dunia..mesti best kalau dapat pergi dengan orang yang disayangi..ala-ala romantik gitu..haha..

2. Piramid Giza, Mesir
Pyramids MESTI LIHAT! 7 BENDA AJAIB DI DUNIA!!
kredit:gilerkentang
  Benda ajaib di dunia..teringin sangat aku nak datang sana dan tengok sendiri piramid ni..
3. Tembok besar China
tembok besar china MESTI LIHAT! 7 BENDA AJAIB DI DUNIA!!
kredit: gilerkentang
 juga salah satu benda ajaib di dunia..memang teringin mau ke sana..
4. Taj Mahal, India
taj mahal wallpaper MESTI LIHAT! 7 BENDA AJAIB DI DUNIA!!
kredit: gilerkentang
 Lambang cinta Shah Jahan kepada isterinya, Mumtaz Mahal..nak tengok seni binanya..juga benda ajaib di dunia..
5. Gunung Kinabalu
MtKinabalu view from kundasan.jpg
Teringin aku mau panjat gunung ni..heheh, orang luar sudah naik, takkan aku sebagai orang Sabah belum lagi sampai..aduyai..paling jauh pun aku sampai di kaki gunung Kinabalu ja..pondok Timpohon..gate 1 untuk laluan ke gunung..kaki gunung pun giler sejukkkk!!! tapi memang best tengok keindahan ciptaan Allah..

6. Pulau Baros, Maldives


Kami sekeluarga suka jalan-jalan dan habiskan masa bersama, tempat ni cantik sangat dan nampak tenang..
7. Mekah
Setiap orang islam yang mampu akan datang ke sini untuk menunaikan haji. Begitu juga aku..insyallah..

8.  Jepun

Aku ingn melihat keindahan bunga sakura yang mekar di Jepun. Ni gara-gara terpengaruh dengan movie 'Para-para sakura' yang pernah top suatu ketika dulu..siap boleh hafal lagi gerak tari para-para sakura tu..huhu..
9. Seoul, korea

Cantik kan tempat ni..aku memang teringin mau pergi Seoul..
10. Paris
Sebuah ibu kota yang seringkali dikaitkan dengan cinta..teringin menjejakkan kaki di Effiel Tower tu bersama orang yang dicintai..hehe..^_^
11. Disneyland
Sebuah pusat hiburan keluarga yang terkemuka..teringin mau pergi bersama seluruh ahli keluarga..berhibur melepaskan tension..dan ingin menemui watak kartun kegemaran aku..suka tengok Mickey mouse & friends ni..best!!!

Okey sekian cabaran hari ni..kita jumpa di lain entri pula ya..tq atas kunjungan dan komen kalian semua..aku sangat menghargainya..labiuuu all!!!

Jemput baca:

Sekian, wasalam.

17 comments:

  1. maldives. teringin jugak nak pi. ^^

    ReplyDelete
  2. Semua best. Sue doakan mg impian wana tercapai suatu hari nnt. Amin.

    ReplyDelete
  3. Best2nya tempat pilihan wana...Moga impian jadi kenyataan

    ReplyDelete
  4. waaa.. semua best2... mama pun teruja tengok.. walaupun tengok gambar je

    ReplyDelete
  5. Banyak destinasi impian kita samalah! :)

    ReplyDelete
  6. Kalau idah... errmm... 7,8,10 :D
    semoga tercapai impian wana kay... :)

    ReplyDelete
  7. Sume pon best2...
    Hehe smoga terlaksa impian tu kak wana

    ReplyDelete
  8. Banyak2 yg kat atas tu..
    No.3 jer yg pernah sampai...yg lain2 tu belum terlaksana

    ReplyDelete
  9. Wana..
    moga tercapai impian ye...
    byk yg sama..

    ReplyDelete
  10. Uikkss lawaaa nyaa Maldives. \(T∇T)/

    ReplyDelete
  11. Saya pun teringin nak pi jepun n Korea.

    ReplyDelete
  12. lawanya no 1 tu kak! jom g sama-sama. hehehe

    ReplyDelete
  13. semua tempat pun cantik. jom kak :)

    ReplyDelete
  14. Semuanya nak pergi. Jom buat rombongan, heheheh.

    ReplyDelete