Resepi Kaki Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni teringin sangat nak makan kaki ayam..aku memang suka sangat makan kaki ayam ni..kalau dalam family, aku jalah yang pandai makan..yang lain tak lalu nak makan..huhu..jadi, memang tiada kawan nak berebut makan pun..

Aku mula pandai makan kaki ayam ni masa kerja di sebuah pasaraya agak lama dahulu, kawan aku, Eyoh ajak makan dan rasa masakannya..mula-mula tengok macam tekak tak boleh nak terima..tapi kata orang, belum cuba belum tau..bila dah rasa memang ketagih nak makan lagi..masa tu dia masak kaki ayam masak kunyit..serius sedap gila..pantang ada masa, memang suruh dia masakkan..hehe..

Setelah berhenti kerja aku dah jarang jumpa kawan aku tu dan memang rindu kaki ayam masakannya..bila dah rasa terliur aku cuba masak sendiri..mula-mula aku cuba buat Sup kaki ayam..alhamdulillah menjadi dan  percubaan kali kedua pula masak kaki ayam masak kicap tapi hampa sebab rasa hangus sikit..isk..isk..

Ni percubaan kali ketiga masak Kaki ayam masak kicap..aku usha dari blog Kak Amie..seronok sebab kali ni menjadi..thanx banyak kak Amie.. :D

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom sama-sama tengok resepinya..

RESEPI: KAKI AYAM MASAK KICAP
SUMBER: AMIE LITTLE KITCHEN

1kg kaki ayam - buang kuku dan potong 2
2 biji kentang - kupas kulit dan potong dadu, goreng hingga masak ( aku tak bubuh )
3 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - dimayang kasar
2 sm cuka
1/2 sm garam
1 batang serai - dititik ( aku tak bubuh )
2 cm halia - diketuk
2 liter air
1/2 cwn kicap manis cap kipas udang
2 sk lada putih ( tak bubuh )

CARANYA:
  1. Gaul kaki ayam dengan garam, cuka, halia dan serai. Perap sebentar.
  2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Bila minyak betl-betul panas, masukkan kaki ayam dan tutup kuali dengan tudung periuk. ( untuk elakkan terkena percikan minyak ).
  3. Apabila kaki ayam sudah garing, angkat kaki ayam dan rendam dengan air sejuk selama 2 jam. Toskan.
  4. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
  5. Masukkan kaki ayam. Gaul sebati dan tambah kicap manis serta sedikit air masak. Biarkan selama 7-10 minit hingga kuah memekat. Matikan api.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
-Selamat mencuba -

*NOTA:  Aku hanya rendam kaki ayam selama 1 1/2 jam saja sebab tak sabar nak makan. Jadi tulangnya tak berapa nak terlerai macam kak amie buat..tapi hasilnya tetap menjadi dan kaki ayam masak sepenuhnya.
( Aku hanya masak separuh saja dari resepi sebab aku makan sorang ).

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
kaki ayam yang digoreng hingga garing

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
proses merendam kaki ayam dengan air sejuk.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Inilah hasilnya..

Jangan tak tau, kaki ayam mempunyai banyak khasiat tau..salah satunya adalah sumber kolagen dan jadikan kita yang memakannya awet muda..hehe..jadi, jom makan kaki ayam.. ;p

Okeylah, sampai sini saja..jumpa lagi..bye..

Sekian, wasalam.

7 comments:

  1. aduh dah lama tk beli kaki ayam ni wana terlioq lah tengok kaki ayam hitam tu haha

    ReplyDelete
  2. Lya mkn juga cuma x brapa la sgt..klau kwn ajak mkn lya ikut juga mkn uihi

    ReplyDelete
  3. Agak2 kalau rebus dulu kaki ayam baru goreng, menjadi tak?? Suka gila makan kaki ayam ni tapi takde geng pulak..

    eh eh hi kak wana... lama tak singgah..

    ReplyDelete
  4. wah macam sedap jer, ada bahan baru dlm resepi ni ye cuka dan serai..

    ReplyDelete
  5. First time jumpa ayam masak kicap. Biasa masak sup atau mi kari je hehe

    ReplyDelete
  6. wahhh selama ni kalau ayu masak kicap ayu xpenah rendam pon lepas goreng tu..
    biar dia masak lame je..
    terima kasih atas perkingsian kak wana
    boleh cube nanti ni

    ReplyDelete