Tempahan Brownies Kedut dan Kelupis

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah.. Melangkah ke bulan oktober.. Blog sunyi sepi.. Kesibukkan melampau.. Maaf semua teman yang aku belum sempat jenguk blognya dan follow.

Entri beberapa siri tempahan brownies kedut yang ramai peminatnya dan juga kelupis ..termasuk teman blogger Kak Mia@Mia Memories, ahkakgojes@ Kakgojes dan Anum@anumabdullah93

Ordernya sudah lama tapi  baru hari ni buat entrinya.. AduhπŸ˜…

Layan..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Tempahan dari Kak Dayang.. Regular customer.. 

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ini tempahan dari Kak Mia.. Terima kasih kak😘😘

Selfie harus ada kan.. 

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Thanx KG.. 😘😘

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Tq Anum.. 😘😘

Alhamdulillah..dapat semua feedback yang positif mengatakan sedap.. Syukur.. 

Terima kasih daun keladi,
Lain kali order la lagi.. 😁😁

Untuk harga, boleh semak di bawah..

🌸Kelupis inti sambal udang = Rm0.50sebiji
🌸Kelupis kosong = Rm0.45sebiji
*Frozen available 

🌸Brownies Loyang 7"= Rm30(plain)
               = Rm35(+ topping ganache) 
= Rm40(+ topping ganache +Hiasan) 

🌸Brownies loyang 10" = Rm40(plain)
= Rm45(+ topping ganache) 
= Rm55 (+ topping ganache+hiasan)

Cod Area: Kinarut,  putatan, kk,  sipitang
WA: 0128244251(bbwana)
Tq

Sekian,  wasalam







ORDER : YAM FRESHCREAM CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..dapat juga meluangkan masa untuk 'update' entri baru..

Okeylah, ini adalah tempahan yang lalu. Tempahan kek birthday dari Sis Jenn yang 'request' Yam freshcream cake..

Layan jer..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Yam freshcream cake
1/2kg
Rm35

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Special kek ni jauh sampai ke Ranau.. 

Alhamdulillah feedbacknya positif.. Kata kek sedap dan mau order lagi ..syukur.. 😊

Sebarang pertanyaan: 
πŸ“² WA: 0128244251 (bbwana) 
Cod Area: Kinarut, putatan,  kk,  sipitang. 

Sekian, terima kasih. 



Tempahan kek birthday: Kek Freshcream

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Layan entri tertunggak..

Tempahan kek birthday dari kakak sepupu yang saban tahun tak pernah 'miss' tempah untuk anak tersayang,  Mia yang ke-9 tahun.. Aloo, besar sudah anak buahku ni ba 😁😁..

Kali ni tempah kek freshcream dengan tema kaler biru..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Simple deko ja.. Budak-budak Suka kalerful kan.. 😊

KEK FRESHCREAM
BERAT:1KG
HARGA:RM50
Cod Area: kinarut,  putatan. Kk,  Sipitang
πŸ“² WA: 0128244251(bbwana)

Insyaallah jumpa lagi di lain entri pula.. 

Sekian,  Wasalam. 

Terima kasih, Tempahan biskut/kuih raya 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni kita sudah sampai ke penghujung syawal.. Alhamdulillah, terima kasih pada semua pelanggan yang telah menjadi agen, yang membeli secara borong mahu pun yang membeli hanya sebalang.

Terima kasih atas sokongan kalian semua terhadap produk Sweet red cherry.. Ada yang memang 'regular customer' yang memang tak pernah lupa menempah dengan kami. Semoga kita sama-sama dimurahkan rezeki. Amin..

Ini antara order yang smpat di gambar..πŸ˜‰

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com


Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kelupis..
Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Kelupis ni ditempah oleh pelanggan tetap. Tiap tahun memang tempah..dari Tawau dan sekitar kk.. 

Tq Kak Nor,  Kak Sofia,  Kak Yatie dan yang tak tersebut nama.. Jangan kecil hati.. Terma kasih banyak semua. Sayang korang!!!

Pertanyaan?  WhatsApp -> 0128244251 (Bbwana) 

Sekian,  Wasalam. 






Kunjungan hari raya blogger AshaLya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur masih lagi ada kesempatan untuk update entri baru..

Pertama kali menerima kunjungan hari raya oleh teman blogger AshaLya.  Dari jauh pula tu..dari Kinabatangan ke Beaufort..dari Beaufort ke Sipitang.. Wah, terharunya.. 

Kalau sudah jumpa confirm la selfie kan.. 😍😍😁😁

Apapun, terima kasih sudi datang rumah wana.. Insyaallah tahun depan jemput datang lagi.. Maaf jika ada kekurangan.. 


p/s: tq kawan yang masih rajin jenguk blog wana walaupun jarang update dan blogwalking.. Insyaallah jika ada kelapangan wana 'bw' juga ya.. 

Sekian,  wasalam. 

Selamat hari raya 2017 dari SRC

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Alhamdulillah hari ni genap kita menyambut syawal ke-20..maaf sebab baru hari ni berkesempatan untuk menaip..

Apapun, masih belum terlewat untuk wana mengucapkan Selamat hari raya pada semua teman blogger dan pngunjung SRC..

Andai ada tersilap kata atau terkasar bahasa.. Wana mohon maaf zahir batin..

Sekian,  wasalam. 

SENARAI BISKUT/KUIH RAYA DAN HARGA 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai..hai..hai..

Sukacita dimaklumkan pada semua kawan-kawan dan pelanggan,  bahawa Sweet red cherry sudah mula membuka tempahan biskut/kuih raya 2017.

OPEN ORDER!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com



Kami menawarkan 18 jenis biskut yang popular dan jadi pilihan pelanggan sepanjang tahun di Sweet red cherry..

Kenapa anda harus pilih produk kami??? 

√ Biskut GUARANTEE sedap,  berkualiti,  homemade & 100% produk muslim bumiputera. 
√ Produk berkualiti tinggi
√ Pembekal berpengalaman hampir 10 tahun dalam pembuatan biskut
√ Hanya biskut yang popular dan terlaris jualannya dipilih
√ Kuantiti sebalang 45 biji

LIST BISKUT:

1. BISKUT ALMOND LONDON
2. BISKUT SNOW ALMOND
3. BISKUT TAT NANAS CHEESE
4. BISKUT TAT NANAS GULUNG
5. BISKUT SUJI SALJU
6. BISKUT SHORTBREAD
7. BISKUT ULAT BULU
8. BISKUT CERELEC
9. BISKUT MAKMUR KACANG/ SUSU
10. BISKUT SEMPERIT SUSU
11. BISKUT BEBOLA SULTANA
12. BISKUT CORNFLAKES MADU
13. BISKUT NESTUM
14. BISKUT RED VELVET
15. BISKUT BUTTER CHEESE
16. BISKUT SUSU
17. BISKUT BRIGHT EYED SUSAN
18. BISKUT M&M

-->> HARGA SEBALANG: RM27 <<--

TAPI,

KAMI MENAWARKAN HARGA PROMO IAITU 4 BALANG HANYA RM99 SAHAJA!!!

Berbaloi-baloi kan dan an kami bantu jimatkan duit anda..Eh suka la..harga mampu milik kot!

Jom la tempah sebelum tempahan ditutup!! 

TARIKH TUTUP TEMPAHAN: 16 jun 2017

Order: πŸ“± WA -> 0128244251~ bbwana
Penghantaran seluruh Sabah. 




Order kek mother's day

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah dapat juga menulis..kekangan masa buat tak sempat mau 'up' entri..sekarang ni sudah mula sibuk untuk projek biskut raya seperti tahun yang sudah..

Masa hari ibu hari tu aku terima tempahan dari seorang 'regular' customer..Kak Nor dari KL untuk ibunya yang berada di Sabah. Memandangkan kami satu kampung lebih mudah penghantaran dibuat.

Jom layan gambar..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK FRUIT COCKTAIL
BERAT: 1/2KG
HARGA: RM40

Ni kad khas untuk ibu kak nor..terharu ibunya bila dapat surprise kek dan kad dari anakanda yang jauh dimata..

Happy rasanya bila dapat gembirakan hati orang..Alhamdulillah.  Apapun, thanx ya kak sebab repeat order dengan wana..

Order -> WA: 0128244251
Cod area: sekitar kk, putatan, kinarut, sipitang.

Sekian, wasalam.

Tempahan, Tq Kak Mai..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah ni adalah entri pertama untuk bulan mei..cepatnya masa berlalu. Masa pula sangat terhad untuk menaip..

Ini adalah tempahan dari regular customer, iaitu kak mai yang berada di semenanjung. Tempahan ini adalah khas buat temannya yang berada di Sabah sempena birthday beliau pada bulan april lalu.

Jom layan gambar..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
RED VELVET CHEESE LELEH
2KG
RM90

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
FRUIT COCKTAIL CAKE
1KG
RM55

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK COKLAT MOIST
2KG 
RM70

APAM POLKADOT (with filling)
Filling: coklat/strawberry/blueberry
Harga: RM0.50, pcs

KELUPIS ( lupa ambik gambar )

Thanx Kak Mai sebab percayakan Wana..jangan serik tempah lagi ya..

Untuk yang ingin menempah, sila- sila la hubungi wana ya..tq.

Order -> WA: 0128244251
Cod Area: sekitar kk, putatan, kinarut, sipitang

Sampai sini saja dulu. Insyaallah jumpa di lain entri.

Sekian, wasalam.

Tempahan kek birthday: Snow cheese cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari tu aku menerima tempahan kek birthday dari beberapa orang 'regular customer'..Terima kasih Kak Nor & adik Ira..

Kek yang ditempah adalah Snow cheese cake..kek yang sering menjadi pilihan customer Sweetredcherry..hehe..thanx ya..

Jom layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

SNOW CHEESE CAKE
BERAT:2kg
HARGA: Rm75(bergantung deko)

Order-> πŸ“±WA:0128244251 (bbwana)
Cod Area: Sekitar kk,  putatan,  kinarut,  sipitang. 

Okey,  jumpa lagi. 

Sekian,  wasalam. 

RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah hari ni dapat 'up' entri lagi..kali ni aku mau kongsi resepi mudah Spaghetti Aglio Olio..

Resepi ni ada beberapa bahan yang sepatutnya ada tapi masa tu tiada stok di rumah. So, buat berdasarkan apa yang ada saja..

So, Asha..this is for you..lepas ni boleh la buat ya..wink..wink!!

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RESEPI: SPAGHETTI AGLIO OLIO MUDAH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
Spaghetti secukupnya - rebus hingga lembut, toskan.
Udang/sotong - rebus udang hingga hampir masak, toskan. Simpan air rebusan.
3 ulas bawang putih - dicincang
3 sb chili flakes ( aku ganti dengan cili kering yang dihiris halus)
3 sb oregano flakes
3 sb parsley flakes
1 sk lada hitam
1 sk garam
1 kiub pati ayam

CARA:
- Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan. Jangan sampai hangus.
- Masuk 1 senduk air rebusan udang.
- Masukkan chili flakes, serbuk oregano, parsley, lada hitam, garam dan kiub pati ayam. Gaul.
- Kemudian masukkan spaghetti dan udang. Kacau sekata.
- Siap

~ Selamat mencuba ~

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Jemput makan..

Okeylah, sampai sini saja..insyaallah jumpa.di lain entri pula..

Sekian, wasalam.

Tempahan Cheese cake leleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur la dapat juga buat entri untuk hari ni. Terima kasih pada yang sudi terjah sini walau aku jarang ada entri baru. Sibuk yang amat..huhu..

Okeylah, ni adalah beberapa siri tempahan Cheese cake leleh..alhamdulillah..syukur atas rezekiNya. Tq pada yang menempah.

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

CHEESE CAKE LELEH
PERISA KEK: VANILA/COKLAT
BERAT: 1KG++
HARGA: RM55

-> Kek yang mewah dengan lelehan krim cheese yang pekat dan ditaburi dengan cheddar cheese yang menimbun!!! Kalau rasa pasti nak lagi..^_^

Order -> whatsApp: 0128244251 (bbwana)
COD area: Sekitar kk, putatan, papar, sipitang.

Sekian, wasalam.




RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT MUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua...

Hari ni aku mau kongsi resepi masakan yang senang. Maklumlah pada orang yang sibuk sentiasa tu masakan yang mudah tapi sedap jadi pilihan untuk disediakan macam aku..hehe..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Memandangkan stok sotong aku banyak dalam peti sejuk maka aku cadang masak Sotong goreng kunyit. Bahan dan cara masak pun sangat simple..

Jom semak resepi..

RESEPI: SOTONG GORENG KUNYIT MUDAH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
3 ekor sotong saiz besar
3/4 camca besar serbuk kunyit
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 labu bawang besar - hiris bulat
5 biji cili padi - hiris
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya

CARA:
- Sotong dibersihkan dan dipotong bulat. Lumur dengan serbuk kunyit dan garam. Perap seketika.
- Tumis bawang putih dan cili padi sehingga wangi. Kemudian masukkan sotong yang diperap tadi serta bawang besar.
- Akhir sekali tambah garam dan serbuk perasa. Gaul dan matikan api.
- Sedia dihidangkan.

- Selamat mencuba -

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Jemput makan..^_^

Okeylah semoga perkongsian bermanfaat buat semua..jumpa lagi..dadaaa!!!

Sekian, wasalam.


TEMPAHAN KEK.BUDGET/KONTENA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama tak update blog..maaf pada semua pengunjung blog dan kawan-kawan..sibuk sentiasa..huhu..maaf ya. Okey, kali ni aku kongsikan edisi tempahan kek budget/kontena..

Syukur alhamdulillah..terima kasih pada semua yang menempah..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK BUDGET/KONTENA
RM5 (KONTENA)
-> KEK COKLAT MOIST
-> CHEESE CAKE LELEH
Min order: 5 kontena

Pada yang berminat, hubungi 0128244251 (whatsApp) ~ bbwana
Area delivery: area kk, papar, Sipitang

Okey jumpa lagi..

Sekian, terima kasih.

ORDER KEK BIRTHDAY: KEK COKLAT MOIST

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebelum mixer rosak hari tu, aku dapat tempahan dari jiran, Kak Nor untuk ulangtahunnya..ni order buat yang kesekian kalinya..alhamdulillah..terima kasih kak..

Kak Nor order Kek coklat moist..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK COKLAT MOIST
HARGA BERMULA RM45( BERGANTUNG PADA DEKO)
BERAT: 1KG++

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom order!!! Hanya whatsApp ke 0128244251 (bbwana).
Area penghantaran: kk, papar, sipitang.
Tq

Sekian, wasalam.




Mixer baru dari LAZADA!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..lepas aku dapat cheque dari nuffnang tempohari aku beli online 'stand mixer' di Lazada. Kebetulan mixer di rumah rosak pula..huhu..macam tau-tau ja..

Nasib la ada teman pengganti baru..so, ada juga kenangan dengan duit nuffnang..syukur..

Order dengan Lazada ambik masa 7 hari baru sampai..mungkin jauh kan di sabah..😁

Belum lagi rasmi mixer baru ni.. lepas ni kami akan jadi sahabatπŸ’œ❕

Sekian,  wasalam.

Fenomena suhu sejuk di Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku bukan mau kongsi resepi atau siar entri tempahan tapi aku ingin berkongsi info tentang fenomena suhu sejuk yang melanda Sabah sekarang ni..

Siapa yang duduk Sabah pasti merasai kesejukkan yang luar biasa ni terutama di beberapa daerah yang mencatat suhu 15˚C - 21˚C di antara jam 5 pagi-7 pagi.

Suhu sejuk ni di jangka sehingga bulan mac. Jabatan meteorologi Sabah memaklumkan Ranau mencatat suhu terendah iaitu 15˚C, Keningau 16˚C, Kudat 20˚C dan Kota Kinabalu 21˚C pada hari ini ( 08 Feb 2017 ).

Antara punca utama penurunan suhu ni adalah sebab tiupan angin bertekanan tinggi yang datang dari Siberia merentasi rantau Asia Tenggara termasuk Sabah.

So, tidur malam tu memang nyenyak la kan sambil pakai selimut tebal. Masa mandi pagi tu memang tak tahan..gigil habis!! Bergetar semua gigi..nasib tak jatuh..hehehe..

Okeylah sampai sini saja..

Sekian, wasalam.

Sumber info: www.suarasabah.com

CASHOUT NUFFNANG YANG PERTAMA!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah setelah berblog bertahun lamanya ini kali pertama aku 'cashout' pendapatan Nuffnang..Rasanya lebih setahun jadi blogger baru aku pasang iklan nuffnang..


Walaupun pendapatan tidaklah banyak mana tapi aku masih bersyukur..insyaallah duit tu aku guna untuk beli benda penting di dapur 'baking' aku..nanti aku kongsi dengan korang..

Apapun, terima kasih nuffnang..

Sekian, wasalam.

RESEPI KERABU KAKI AYAM MUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni aku ingin komgsikan resepi mudah iaitu Kerabu Kaki Ayam..siapa suka makan??? Okey, kita geng!! Hehe..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Sedap makan macam tu saja kerabu kaki ayam ni..betul..^_^

Jom semak resepinya..

RESEPI KERABU KAKI AYAM MUDAH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
12 ketul kaki ayam - bersihkan, potong & rebus
1 labu bawang besar - hiris halus
10 biji cili api - hiris bulat nipis
2 biji tomato - hiris
2 batang serai - hiris nipis
1 biji limau nipis - ambil jusnya
3 sudu makan sos ikan
1 1/2 sudu makan gula
1 pokok daun sup - hiris
Bunga kantan secukupnya, garam & gula

-> Gaul semua bahan dalam mangkuk dan sedia dihidangkan.

~ Selamat mencuba ~

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jumpa lagi..

Sekian, Wasalam.

Snow cheese cake nutella

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cuti tahun baru cina yang lalu berkumpul ramai-ramai bersama keluarga dan memang sudah rancang mau buat kek birthday untuk my dad dan anak-anak buah yang sambut birthday bulan januari..

Alang-alang sudah membaking, aku buat Snow cheese cake nutella..special sebab ada nutella..hehe..so, memang semua pun enjoy makan cheese cake..maklum saja seluruh keluarga pencinta cheese..^_^

Layan ja..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ni buat untuk birthday my dad minggu lepas..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ni pula aku buat untuk anak buah, ijam & adib..

SNOW CHEESE CAKE NUTELLA
RM60 ~ 1KG

ORDER JOM!!!

WhatsApp: 0128244251 ( bbwana )
Area: Sekitar kk,papar, sipitang
  -> Ada delivery service

Sekian, wasalam.

Wordless wednesday: Ketam vs Kerang Rebus

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wordless wednesday..


En. Ketam vs Ms. Kerang..


Dua- dua pun memang 'favorite' aku..makan sampai tak henggat!!! Hehe..

P/s: kesibukkan tahap maksima..

Sekian, wasalam.





RESEPI SALAD MAKARONI SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri pertama di tahun baru..alhamdulillah.

Musim cuti sekolah baru-baru ni aku jalankan misi tunaikan salah satu permintaan anak buah aku, putri yang sudah lama 'request' salad makaroni ni..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Lama betul sudah teringin..kesian pula asyik janji ja kan. Lepas siap semua tempahan biskut hari tu aku terus buat. Ops, bukan aku yang buat, putri yang buat dengan 'direction' dari aku. Hee, aku nak turunkan ilmu dengan dia sikit-sikit. Sebab putri ni tunjuk minat nak jadi 'baker' macam aku..alhamdulillah boleh tolong aku kemudian hari.


Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom tengok resepi mudah ni..

Salad Makaroni Mudah
Oleh: sweet red cherry

Bahan:
1 peket sederhana makaroni
Buah epal merah/hijau ~ potong dadu
Fruit cocktail ~ ambil buah
Susu pekat secukupnya
2 sudu besar mayonis ~ boleh tambah
Sedikit susu cair ~ jika suka

CARA: 
- Rebus makaroni hingga lembut. ( Bubuh sedikit garam dan minyak semasa merebus ).
- Toskan makaroni dan masukkan dalam mangkuk/bekas.
- Masukkan buah epal, fruit cocktail, susu pekat, susu cair dan mayonis. Gaul sebati.
- Sejukkan mayonis dalam peti sejuk seketika.
- Sedia untuk dimakan.

~ Selamat mencuba ~

Mudah saja kan..boleh la buat sendiri di rumah..

Okeylah sampai sini saja dulu. Insyaallah jumpa lagu di lain entri.

Sekian, wasalam.